NASKHAH KEPOMPONG ZUBIRAL KINDI; Mengisahkan perjuangan seorang lelaki bernama Zubiral Kindi yang telah mengabdikan seluruh hidupnya pada peperangan, sehingga dia terpaksa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya. Dia berasa peperangan yang diperjuangkannya sebahagian daripada jihadnya pada yang maha berkuasa. Setiap peperangan yang disertainya, semuanya dalam kemenangan dan telah menjebakkan dirinya ke hutan keegoaan dan keangkuhan. Satu hari ketika dia berperang dan dia telah mengalami kekalahan buat pertama kali dalam hidupnya, dan dia pula menjadi tawanan pihak musuh yang sering menanti kekalahannya. Namun Zubiral Kindi tetap diselirati ego dan angkuh dengan sejarah keperkasaan sebelum ini dan dia berasa yakin dia belum dapat dikalahkan lagi.SEBERMULA dalam tawananlah, Zubiral Kindi mula berasa dirinya terasing jauh dan sarat kerinduan terhadap keluarganya yang sering diabaikannya selama ini meronta-ronta dalam sukma dan kalbunya. Sehingga dia terbawa-bawa ke alam rentasan mimpi-mimpinya saban malam. Di penjara itu juga dia mula belajar mengenali siapa dirinya selama ini yang terlalu taksub dengan perjuangan dan kemenangannya, sehingga dia lupa akan kebesaran yang maha berkuasa di alam fana ini. Namun sarat keegoan dan akar keangkuhan telah mempengaruhi kehidupannya selama ini.
SATU hari Zubiral Kindi berasa ruang yang melengkunginya seperti kelainan dalam diri dan persekitarannya. Zubiral Kindi juga berasa, dia sering dilawati isteri dan anak-anaknya seraya membawa pakaiannya yang berwarna putih. Dan satu detik dia terus berasa aneh dan menjadi penakut dengan kedatangan dua makhluk yang mengatakan, bahawa dia sebenarnya sudah meninggal dunia dalam peperangan beberapa dekad yang lalu. Dia berasa hiba dan sayu dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Kerinduan dan keterasingan telah membawanya ke destinasi lain, di mana dia dapat melihat penantian seorang perempuan yang penuh pengharapan dan kerinduannya pada anak-anaknya meronta-ronta dalam dirinya.
SEMUA itu terus menggamit kekesalan di hatinya. Namun semuanya sudah terlambat dan dia terpaksa akur dengan kekalahan yang paling sukar sekali diterimanya sebagai seorang pejuang yang selama ini beranggapan detik kemenangan adalah sebahagian daripada rutin kehidupannya. Dan dia berasa setiap kemenangan yang mengekorinya sebuah pengembaraan yang jauh sekali dari kehidupan keluarganya. Zubiral Kindi terpaksa menukar peperangan yang dimenanginya dengan kekalahan yang memalukannya. Dia akhirnya pasrah dengan apa yang berlaku.
PELAKU WATAK:
1. ZUBIRAL KINDI: Berusia 57 tahun. Seorang yang keras hati berbadan tegap dan sasa. Wajahnya penuh dengan kebencian dan perlakuannya seperti seorang yang telah dididik dengan ala ketenteraan.
2. FATMAJIHAH: Berusia 39 tahun. Seorang yang lemah lembut dan isteri yang solehah dan terlalu menyanjungi suaminya. Namun dia banyak merahsiakan kerinduannya dalam hatinya. Muslimah yang sejati dengan ciri-ciri perempuan yang akur dalam semua hal.
3. FANSUR: Berusia 27 tahun. Anak sulung yang menentang perjuangan ayahnya dan begitu menyayangi bondanya. Ketrampilannya seperti seorang ulama muda.
4. NAJWATMA: Berusia 25 tahun. Anak bongsu yang terlalu menyanjungi pekerti ayahnya sebagai seorang pejuang. Meskipun dia perempuan, namun watak seperti seorang yang keras dan berani seperti ayahnya.
5. LELAKI: Agak berumur dan mempunyai keterampilan seperti seorang yang warak dalam agama.

SET PENTAS:
Sebuah medan perang dan sebuah penjara. Setiap peralatan yang melibatkan medan perang dan sebuah penjara tawanan dengan persediaan set-set yang mudah dialihkan dan diubahsuaikan mengikut kehendak babak demi babak.
ARAHAN MUZIK:
Sebaik-baiknya muzik perang zaman lampau dengan iringan derap kuda dan kesan bunyi bom dan mortar sekali-sekala. Pun begitu kesan bunyi yang lembut kadangkala diperlukan juga bergantung pada kreativiti pengarah muzik. Bunyi lembut yang diterbitkan dari seruling buluh.
ARAHAN LAMPU:
Lampu yang diperlukan seharuskan mengikut mood suram, misteri, kejam, sunyi, sepi, gelisah, terasing. Namun penyediaan set seperti obor diperlukan. (Jika ia selamat digunakan kerana jika ruang pentas yang kecil, memadai dengan obor yang menggunakan letrik).
BABAK 1.
Kelihatan Zubiral Kindi bergerak dengan penuh kesatriaan. Di tangannya terhunus pedang sambil ia mengacungkan ke langit, seraya matanya melingas liar memerhati sekeliling dengan pandangan yang kepuasan dan semangat yang membara. Di sudut pentas kelihatan juga sekujur mayat terkapar. Namun di sisinya, sebilah pedang tertanam kejap dengan di hujung ulunya bendera perca kain putih dililit seperti dalam tergesa-gesa. Zubiral Kindi melihat dengan keangkuhan, seraya dia seperti memperli mayat tersebut, dan menolak dengan kakinya lalu melengkingkan ketawanya. Matanya sempat melingas seperti seseorang yang keliru dan ketakutan, kemudian memerhati sekujur mayat itu semula dalam kuluman senyuman yang sukar diterka oleh sesiapa.
ZUBIRAL KINDI: (Berasa megah) Huh! Inilah yang dinamakan kemenangan yang tiada taranya. Ya, kemenangan yang terlalu luar biasa sifatnya sebagai seorang pejuang. (Menjerit ego) Tentu kalian di luar sana berasa iri hati dengan apa yang aku rasai ketika ini. Dan tak sia-sia perjuangan aku sekurun ini, bahawa kemenangan sesuatu yang akrab dengan kehidupan sebagai pejuang. (Sinis/mengendur atonasi suaranya) Dan kekalahan seperti begitu cuak dan takut untuk berdepan dengan lelaki ini. (Menepuk dadanya) Ya, lelaki ini yang tidak pernah berasa gentar atau takut pada bayangan kematian di hadapan, hatta di mana-mana sekalipun. Lelaki inilah yang sekian lama mengabdikan mortar peperangan dalam ruang hidupnya tanpa rasa berbelah bahagi. Dan lelaki inilah yang bakal menentukan kehidupan seseorang musuhnya. Bukankah itu yang pernah terjadi sebelum ini. (Ketawa) Dan musuh yang penakut bererti menamatkan nafasnya dalam keadaan yang amat memalukan. Ya, untuk berjuang kalau hati masih dipasung ketakutan yang bercempera dengan kematian. Bukankah si penakut, si pengecut, si pencuak itu harus menerima kematian yang mutlak. Kematian yang dianggap paling memualkan sebagai manusia. (Jerit) Memang benarlah apa yang aku rasai kini satu kepuasan yang tiada tolok bandingnya. (Tegas) Tuhan lebih memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam diri lelaki ini. Kalau tak jangan digelar aku Zubiral Kindi pejuang yang disamakan seperti singa lapar. (Ketawa).
Zubiral Kindi lalu bergerak dan terus bergerak menuju ke penjuru, lalu menolak dengan kakinya sekujur mayat yang kaku itu semula. Dia dengan angkuh dan ego terus mencabut benaman pedang yang dililit dengan kain putih dan mengoyaknya dengan penuh kebencian dan keangkuhan. Beberapa ketika dia seperti melihat kepuasan datang dalam dirinya. Dia seperti dirasuk rasa keangkuhan yang menggila dalam dirinya. Untuk seketika dia berfikir sejenak, kemudian bergerak lagi angkuh dan megah. Sesekali dia mendongak dengan senyuman yang dipaksa, kemudian dia mencebik bibirnya lalu berhenti.
ZUBIRAL KINDI: (Sinis) Untuk apa semua penyerahan ini, kalau susuk tubuh kaku menjadi baja bumi dan kucuran darah penakut menjadi arus sungai serta lohong nafas terperangkap dalam rekong kematian. (Angkuh) Untuk apa semua ini, hah? Betullah kata alam ini, bahawa setiap yang perkasa punyai kudrat untuk menundukkan yang lemah. (Menyoal kepada penonton) Bukankah yang lemah itu harus akur dengan semua ini? Yang lemah harus menerima geruhnya. Dan kematian dalam kekalahan adalah dunia baru yang dilalui oleh pengecut dan penakut. (Ketawa perli) Kadangkala juga barangkali, kekalahan bukan cuak sangat bertamu pada sesiapa yang bergelar lelaki pemberani. Betullah, hanya yang punya kudrat sejati mampu mendepani apa saja yang bernama kemenangan. Dan kematian iklan kekalahan seseorang yang gelarnya pengecut dan penakut.
Kemudian masuk seorang lelaki yang agak berusia, tapi susuknya masih tegap dan agam merenung Zubiral Kindi. Lelaki tersebut merenung Zubiral Kindi dengan satu renungan yang kosong dan sepi. Melihat perlakuan aneh lelaki tersebut, Zubiral Kindi seperti mencebiknya dengan senyuman sinis.
ZUBIRAL KINDI: (Sinis) Kenapa kamu merenung aku sedemikian? Adakah kita pernah bersua sebelum ini? Bagiku aku rasa kamu seperti melihat aku, seperti kamu melihat musuh kamu. Dan sesiapa saja yang bertemu lelaki ini, dia harus mengenal kekalahan dalam hidup untuk selamanya.
Lelaki tadi masih merenung Zubiral Kindi dengan pandangan yang kosong dan sepi. Sesekali dia melihat sekeliling dengan senyuman yang sengaja dibuat-buatnya. Zubiral Kindi melihat perlakuan aneh lelaki tersebut lalu menghampirinya.
ZUBIRAL KINDI: (Angkuh) Apa yang membusung sangat di hati kamu sehingga renungan kamu seperti tancapan mata pedang tembus ke jantungku? (Mengenggam hulu pedangnya) Atau kamu sengaja menciptakan curiga dan cuba mendesak aku menghunus pedang yang dahagakan percikan darah segar dari pembuluh susuk tubuh kamu?
LELAKI: (Lembut) Sayang sekali wilayah ini memiliki pejuang yang bongkak dan sombong seperti tuan. Perjuangan yang sia-sia belaka jika tatasusila hanya menjadi kiasan semata-mata dalam lancipan mata pedang. Bukankah lebih elok jika berbahasa dengan orang yang lebih tua dengan kelembutan dan kehormatan dan tuan tidak rugi apa-apa pun jika menggunakannya.
ZUBIRAL KINDI: (Menengking) Jadi kamu mahu menciptakan anarki dengan lelaki yang dahagakan peperangan ini? (Herdik) Jangan bermain api orang tua. Bukankah api bakal meletuskan bahang kepanasan yang membakar seluruh ruang ini.
LELAKI: (Sindir) Itulah silapnya tuan dengan apa yang tuan kecapi kini. Kemashyuran, keperkasaan dan keterbilangan tuan seperti relungan tali yang bakal mencerut leher tuan sendiri. (Kesal) Ya, tuan seperti menciptakan gelodak anarki ke dalam diri tuan sendiri. Tuan terlalu prejudis dengan apa yang telah tuan kecapi, barangkali dan tuan mudah terlupa dengan apa yang berlaku.
ZUBIRAL KINDI: Maksud kamu, kamu ke sini untuk menilai kepincangan aku? Begitu? (Bentak) Atas arahan siapa kamu ke sini? Dan berani kamu menghina lelaki ini. Kamu tahu siapa aku?
Zubiral Kindi merenung ke atas bawah lelaki di hadapannya dengan dengusan seraya bergerak ke arahnya.
LELAKI: Bukan begitu niat orang tua ini, tuan. Bukankah wajar jika seseorang yang silap itu ditegur dan dinasiahati? Bukankah itu yang sewajarnya kita sebagai manusia yang bermaruah dalam susila? Semua itu bukan bermodal pun, tuan.
ZUBIRAL KINDI: Untuk apa semua itu, hah?
LELAKI: Demi kebaikan sesama manusia itu sendiri, tuan.
ZUBIRAL KINDI: (Mencebik) Bukankah itu hak aku untuk melakukan apa saja kehendak hati dan tuntutan naluri aku! Kamu tak berhak campur tangan dengan urusan aku!
LELAKI: Itu benar, tuan. Tapi saya melihat tuan sudah tersesat jauh dalam belantara keangkuhan dan hutan kesombongan. Tuan sudah tersasar jalan pulang yang maha panjang. Saya takut tuan tak dapat kembali ke pangkal jalan. Bukankah membimbing orang yang tersesat itu harus ada dalam diri sesama manusia? Tidak salah bukan?
ZUBIRAL KINDI: (Herdik) Siapa saja berani mengajar aku makna kehidupan dalam peperangan yang sekian lama mendarah dalam pembuluh nafasku. Lagipun apa hak kamu wahai orang tua menunjukkan aku jalan lurus yang belum pasti kebenaran itu. Bukankah pejuang seperti aku ini wajar menentukan hala tuju hidupku sendiri tanpa bergantung kepada orang lain, apatah lagi seperti kamu. Manusia kadangkala seperti sesumpah yang mudah menukar warnanya dengan keperluan alam semulajadi dan tidak terkecuali kamu.
Lelaki tersebut merenung dengan renungan yang kasihan kepada Zubiral Kindi.
LELAKI: (Monolog) Kadangkala memberi jalan terbaik untuk umat manusia lebih payah daripada memberi ruang kematian kepada seekor singa yang lapar di hutan durjana. Benarlah kata orang yang bijaksana, memilih untuk menjadi pejuang perlukan keberanian dalam diri serta tidak mengenal belas kasihan, tapi mengakuri untuk lupa kepada kesilapan jalan pulang yang berliku dalam setiap tepu perjuangan.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog) Ya, kadangkala memilih untuk menerajui dalam perjuangan memerlukan keberanian tiada taranya, setiap yang dilalui harus berani memilih untuk tidak mudah berasa belas kasihan kerana ketakutan yang bercempera dalam diri pejuang musuh yang paling berbisa sekali.
LELAKI: Bukankah bersederhana dalam semua hal sesuatu yang menjanjikan keredupan dalam diri kita, tuan. Bukankah tuan tahu bukan, sederhana dalam apa juga tergolong dalam orang-orang yang terpilih dan terpuji.
ZUBIRAL KINDI: Untuk apa? Untuk menidakkan kemenangan itu mutlak milik pejuang seperti aku? Untuk menidakkan apa saja yang telah aku berikan pada wilayah ini? Aku tak mahu menumpang di wilayah ini atas belas ehsan orang lain. Bukan itu prinsip hidupku. Apa yang pasti aku ada harga diri yang terlalu mahal untuk dipermodalkan. Aku bukan lelaki yang berpeluk tubuh menanti pemberian orang lain dan bersenang-lenang menukar diri menjadi seekor sesumpah.
LELAKI: Kadangkala hidup seseorang manusia itu harus akur dengan apa saja yang melengkungi kita, tuan. Bukannya megah mendabik dada mengatakan kita lebih berani dan menidakkkan ketakutan itu sebagai bahan lelucon yang murah dan mudah.
ZUBIRAL KINDI: (Sinis) Apa hak kau berkata yang bukan-bukan kepadaku. (Memerhati dengan kerlingan lelaki di hadapannya) Aku seorang lelaki yang telah berjuang untuk meletakkan keperwiraan dan keperkasaan itu setinggi cakra langit biru. Aku telah menciptakan dunia kemenangan yang tanpa dapat mengalahkan keberanian aku untuk sekian lama. Dan tidak sesiapa pun sebelum ini menghina aku dengan bahasa kesat dan sadis, tapi kau lelaki tua yang barangkali tidak pernah mendengar keperkasaan dan keperwiraan aku sebelum ini. (Menjerit) Sebab itu kau begitu celopar sekali! Kalau tak pun keberanian kau direjati akar nyanyok, bebal, tenat atau sakit tua menanti garisan penamat di gerbang senja. (Mengerling nakal dan biadab) Atau barangkali takah demi takah usia kau semakin menghimpit lalu membuat kau gelisah. (Ketawa). Menjadi tua kadangkala membosankan orang tua. Dan jalan terbaik mencari kesilapan orang lain, kononnya hendak meletakkan ketuaan itu sebagai seorang guru. Itu barangkali. Oh ya orang tua, hampir terlupa aku katakana pada kamu. Tempat kamu bukan di medan perang, tapi di rumah tumpangan sementara menanti makna kematian yang mutlak. Bukankah itu realiti kebenaran yang sukar disangkal.
LELAKI: (Cukup tenang dia lalu tersenyum tulus) Benarlah kata pujangga. Manusia yang telah dirasuk lebih manis dan beracun lidah dalam gumaman. Dan manusia yang dijajahi keangkuhan lebih begitu muda lupa akan hakikat kebenaran hak seseorang itu untuk menjadikannya lebih sempurna sebagai manusia.
ZUBIRAL KINDI: (Mengejek) Kamu lebih bijak berkata-kata dengan manis bibirmu memperkatakan aku. Kamu selayaknya harus menjadi seorang pemikir. (Perli) Kalau tak pun seorang pakar bahasa yang gelarnya melebihi seorang ahli komunikasi yang arif dan berjiwa halus, tapi sayang semua perkataan dan sadis bahasa kamu bukan untuk lelaki seperti aku. (Ketawa) Begitu adab dan susila orang tua yang lebih wajar digelarkan sudah mati cuma jasadnya menerawangi mencari destinasi yang tidak jelas kerana terlupa barangkali. (Perli) Oh ya, mungkin gelaran sakit tua itu lebih tepat dan jelas sifatnya untuk kamu.
Dari sudut lain masuk Fatmajihah dengan Fansur yang seperti tidak melihat kelibat Zubiral Kindi di situ. Mereka seperti dalam keresahan yang sukar dibendung. Zubiral Kindi melihat keadaan isteri dan anak lelakinya berasa pelik sekali. Namun dia membiarkan mereka.
FANSUR: Betulkah apa yang didengar ayah sudah ditawan pihak musuh? Fansur seperti tidak dapat menerima semua ini berlaku pada ayah. Ya, seorang lelaki pemberani yang jarang mengalami kekalahan dalam hidupnya sebagai seorang pejuang.
FATMAJIHAH: Itulah yang ibu dengar dari khabar beberapa orang lasykarnya. Malah keraguan ibu semakin jelas menerima semua ini sebagai ujian dari yang maha berkuasa. (Berhenti sejenak) Ibu seperti mengenal bau susuk tubuhnya di sini.
FANSUR: Jadi ibu hanya berserah dan mengalah pada apa saja yang berlaku kepada lelaki dan suami ibu?
FATMAJIHAH: (Pasrah) Ibu amat percayakan apa yang berlaku seperti ujian untuk semua umat manusia di bumi ini, Fansur. Bukan ibu tak yakin dengan keberanian dan darah pejuang yang mengalir dalam diri ayah kalian, tapi kadangkala ibu akur, tidak selamanya kemenangan itu jika tidak mengalami kekalahan dalam hidup. Bukankah kemenangan lawannya kekalahan?
FANSUR: Jadi ibu meragui keberanian ayah? Ibu seperti membiarkan lelaki itu terus sirna dalam keadaan sekarang? Begitu?
FATMAJIHAH: Kesabaran seorang perempuan yang bernama isteri kadangkala harus menerima apa saja yang berlaku pada ayah kalian. Dan ibu amat percayakan segalanya caturan hidup di bawah kuasa Allah. Sebagai hamba yang percaya Qada dan Qadar kita harus menerima kekalahan itu demi sebuah kemenangan satu hari nanti. Itu ibu cukup yakin dan pasti.
Zubiral Kindi masih terpingga-pingga dengan apa yang dialaminya kini. Dia seperti terpasung dalam sebuah fantasia yang tidak dapat untuk berkomunikasi kepada isteri dan anak lelaki. Sedangkan lelaki tua yang selalu diherdik meninggalkan ruang pentas dengan kerlingan senyuman pada Zubiral Kindi. Zubiral Kindi merenung terus lelaki tua itu dengan dengusan kemarahan. Sekali-kali dia seperti membiarkan apa yang dialaminya seperti ruang mimpi yang mengelirukannya.
ZUBIRAL KINDI: (Keliru) Aku seperti tidak mengerti apa yang telah kulalui kini. Dunia seperti rentasan illusi fantasia yang seperti memberi pantulan belum menerima kekalahan dalam peperangan.
Kemudian masuk Najwatma sambil merenung sayu ke arah ibu dan abangnya. Dia juga tidak melihat keterlibatan ayahnya di situ. Sedangkan Zubiral Kindi melihat perlakuan itu dengan kebinggungan. Dia hendak menyapa mereka, tapi dia mengakuri diri dalam keadaan yang terus meresahkannya.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog) Adakah aku telah menjadi halimunan? Atau mereka telah membuang jauh-jauh aku dalam kehidupan mereka, kerana selama ini aku lelaki yang terlalu ego dengan apa yang telah mendidikku selama ini. Walhal semua ini untuk mereka. Untuk kehidupan mereka. Tapi…
Zubiral Kindi dalam kekeliruan bila dia mendapati isteri anakya seperti tidak menghiraukannya. Dia terus mundar-mandir dalam keadaan yang membinggungkan. Namun kelibat lelaki tua yang diherdiknya datang semula menghampirinya sambil tersenyum.
ZUBIRAL KINDI: (Bentak) Untuk apa kamu datang lagi, orang tua? Kamu sengaja menghina aku? Atau kamu ada agenda lain untuk menidakkan apa yang pernah kukecapi selama ini. (Tersenyum mengingati detik gemilangnya sebagai pejuang, kalau dapat muzik peperangan dimainkan dengan suara hiruk-pikuk seperti medan peperangan layaknya) Ya, seorang lelaki yang pemberani dalam perjuangannya yang tidak pernah sekalipun mengalami kekalahan dalam hidupnya. (Ketawa sinis) Itu barangkali yang membuat kamu datang kepada aku tak? Memang manusia yang lemah suka sangat mencari pelindungan kepada yang kuat, punya kudrat penakluk, ada misi dan visi untuk meletakkan keperkasaannya sebagai pemimpin. Yang lemah harus akur dengan kelemahan diri dan harus mencari pelindungan dari yang kuat dan perkasa. Bukankah itu kebenaran yang tak harus dinafikan? Kebenaran yang hakiki.
Lelaki tersebut merenung Zubiral Kindi dalam senyuman yang sengaja dimaniskannya. Sesekali kerlingan kasihan kepada Zubiral Kindi cuba disembunyikannya .

ZUBIRAL KINDI: (Herdik) Kenapa kamu membisu wahai orang tua? Sudah lupakah bahawa akulah lelaki yang terhebat di alam maya. Ya, lelaki yang mengacungkan mata pedangnya demi sebuah peperangan! Lelaki yang dahagakan suara hiruk-pikuk dalam pertempuran! Lelaki yang akan menghunus pedang keramatnya dan mencantas kepala demi kepala musuhnya dengan teriakan dan kebencian. (Jerit) Aku lelaki pemberani!
LELAKI: Aku berdiam bukan membisu, tuan. Aku kasihankan tuan yang tersesat dalam belukar yang telah tuan ciptakan sendiri.
ZUBIRAL KINDI: Hei orang tua dari zaman mana kamu datang hah? Datang kamu bukan diundang. (Ugut) Apa kamu mahu aku membebaskan roh dalam jasad kamu? Begitu?
LELAKI: (Suara yang amat perlahan tetapi tegas) Jangan terlalu berani tuan, hidup ini kadangkala memerlukan rasa hormat sesama manusia. Kalau tak, maka kita dalam lingkaran kekufuran. Dan orang yang kufur dilaknati Allah. Allah membenci perlakuan yang riak dan takbur.
ZUBIRAL KINDI: (Merenung tajam) Untuk apa semua itu?
LELAKI: Itulah tunjang kehidupan dalam diri seseorang itu, tuan.

ZUBIRAL KINDI: (Perli) Dan menjadi kita menjadi penakut. Pengecut. Cuak dalam semua hal. Hei orang tua, hidup ini memerlukan tahap keberanian yang tiada taranya, kalau tak, maka jadi habuan yang kuat dan penuh muslihat. Setahu aku, dalam peperangan tak ada nilai ketakutan dalam diri lelaki ini. (Ego) Tak tahu pula kalau si penakut, pengecut atau cuak. (Ketawa) Si penakut, si pengecut dan pencuak yang kempunan untuk merasa keseronokan dalam hidupnya.
LELAKI: (Kesal) Kenapa tuan terlalu riak dan sombong. Tuan seperti menidakkan kekuasaan yang sedia ada. Tuan seperti menolak erti kebenaran dalam kehidupan tuan sendiri.
ZUBIRAL KINDI: (Menyoal diri sesekali dia melihat sekeliling dalam gusar) Riak? Sombong? Aku? Lelaki yag telah membebaskan ketakutan dalam diri manusia itu demi keberanian merentasi kehidupan yang memerlukan semua itu? (Ketawa sambil menepuk dadanya) Benarlah kata seseorang, peperangan tak pernah mengenal ketakutan dalam diri mereka, kalau takut maka kematianlah jawabnya. Aku tak rela dirasuk ketakutan dalam diri sehingga digelar pondan. Ya, pondan yang berahi dengan lentik jari dan alis kening yang cukup memualkan itu, tapi tak mampu membusungkan perutnya. (Gelihati) Lelaki yang lemah gemalai…
Zubiral Kindi dan lelaki itu tersentak bila suara Najwatma.

NAJWATMA: Betul ibu, tadi Najwa mendengar suara ayah.
Kemudian masuk Fansur dalam keresahan.
FANSUR: Kenapa kalian tak percaya, bahawa lelaki yang bergelar ayah sudah…
FATMAJIHAH: (Sebak) Jangan kau teruskan, Fansur. Walau apapun berlaku kepada ayah kalian, dia tetap lelaki yang ibu cintai sampai akhir hayat ibu.
FANSUR: (Sampuk) Tapi ibu, bukankah dia sudah sekian lama meninggalkan kami, meninggal ibu, meninggal keluarga kita tanpa khabar berita. Entah di mana dia berada. (Mengeluh) Ya, hanya deru angin, rebas hujan yang mengirimkan rindu nestapa kami sebagai anak merindui sebagai lelaki yang gelarnya ayah, tapi di mana? Jejaknya seperti sirna dalam pemikiran kita. Dia persis halimunan perang. (Jerit) Dia persis halimunan yang tersesat dalam sejarah dirinya sendiri.
NAJWATMA: Tapi bang, kita tak boleh menghukum ayah begitu sekali meskipun sekian lama dia meninggal kita, mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Fatma yakin satu ketika ayah akan kembali kepangkuan kita. Kepangkuan ibu yang terlalu merindui lelaki yang telah memberi kepak kepercayaan mengitar alam ini.
FANSUR: Tapi sampai bila? Sampai pembuluh darah kita tersekat di rongga usia? Sampai relung nafas kita terhenti pada satu garisan hentian kehidupan ini? Abang pasti lelaki itu takkan kembali lagi. Mungkin dia sudah terperangkap dalam dimensi peperangannya yang tak pernah surut dalam alur mindanya.
FATMAJIHAH: (Menangis) Sudahlah jangan kalian menghina suami ibu begitu sekali. Sekalipun dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah pada kalian, dia tetap darah daging kalian. Apa yang ibu harapkan satu hari dia akan kembali kepangkuan ibu. (Sayu) Ya, dia akan kembali. Dia lelaki yang tak pernah memungkiri ikrar janjinya. Sekalipun dia…
FANSUR: (Sedikit marah) Sekalipun dia tak ada wujud lagi di alam ini. Dia lelaki yang terkepung dalam dimensi-dimensi masa silamnya. (Menuju ke arah ibunya) Sekalipun dia telah meninggalkan ibu tanpa khabar berita. Mendustai ibu dengan segala kesepian serta kerinduan yang saban musim sarat mengepungi hari tua ibu, begitu? Ibu kita sebagai manusia yang berakal mampu menerima semua itu, tapi bagaimana dengan batin ibu. Batin yang tandus tanpa sewajarnya sebagai seorang perempuan yang tinggi martabatnya. Tapi di mana dia, ibu? Di mana lelaki yang gelarnya seorang ayah pada anak-anaknya, ibu? Di mana? (Selamba) Tak tahulah, kalau-kalau dia sudah pergi jauh dalam kepungan destinasi yang dicarinya selama ini. Ya, lelaki itu sudah menjadi baja bumi.
NAJWATMA: (Sampuk) Sudahlah bang, janganlah abang terlalu menghina ayah. Buruk baiknya dialah lelaki yang menjadikan kita di alam fana. Dialah yang lelaki yang bernama ayah pada kita.
FANSUR: (Sampuk) Dan dia sewenang-wenangnya meninggalkan perempuan ini? (Menuding jari telunjuknya pada ibunya) Perempuan yang gelarnya seorang ibu yang sekian lama memendam duka laranya kerana dimensi-dimensi masa lalu lelaki itu. Begitu? Lelaki itu sewajarnya tak perlu lagi wujud di bumi manusia kaca ini. (Jerit) Ya, manusia kaca yang mudah retak dan pecah. Serpihan kacanya pasti melukakan sesiapa saja.
FATMAJIHAH: (Menjerit) Hentikan semua itu! Hentikan fitnah kalian terhadap lelaki yang telah mengabdikan seluruh kudratnya demi kehidupan kalian. (Menangis) Lelaki yang telah menghadiahkan buah manis kehidupan seorang perempuan seperti ibu kalian ini. (Mendapatkan Fansur dan Najwatma seraya mengucap kedua-dua rambut mereka) Kalian jangan mengutuki terus lelaki itu kerana kalian telah ditinggalkan sekian lama. Kalau kalian berasa seperti disisihkan dari lautan kasih sayang, bagaimana dengan perempuan yang digelar ibu ini. (Terus memegang bahu Fansur) Kau harus memahami semua permainan kehidupan ini Fansur sebagai anak lelaki sulung kami. Tapi bukan menyalahi lelaki yang bernama ayah kepada kau, Fansur. Ibu merayu jangan kau meletakkan kesilapan masa lalu ayah kamu ke dalam memori kesepian kalian. (Kagum) Dialah lelaki yang paling mulia dan ibu sanjungi dalam hari nubari ibu. Dialah yang tetap di hati ini meskipun dia meninggalkan ibu, meninggalkan kalian dalam kegundahan, tapi dia lelaki yang tetap ibu cintai, ibu sayangi ibu kasihi tanpa batas waktu apa sekalipun. (Mengesat kelopak matanya dengan lengan bajunya) Ibu percaya satu ketika nanti kalian akan memahami semua permainan kehidupan di bumi manusia ini. Ibu percaya.
Najwatma datang memeluk Fatmajihah mereka bersama menangis, sedangkan Fansur merenung apa yang berlaku hanya bersahaja. Semua mereka terus keluar pentas. Di sudut lain Zubiral Kindi melihat semua itu dalam terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Sedangkan lelaki tadi yang bersama Zubiral Kindi hanya tersenyum melihat wajah keresahan Zubiral Kindi.

ZUBIRAL KINDI: (Ragu-ragu) Kenapa senyuman kamu seperti memperli aku, orang tua? Adakah kamu sengaja bermain dengan permainan kehidupan kami? Adakah kamu sengaja menghadirkan anarki dalam kehidupan kami? (Mengeluh) Ya, menghadirkan anarki dalam kesilapan masa laluku. (Gagap) Kamu seperti menghadirkan kekeliruan dan kecelaruan dalam diriku. Tidakkah perbuatan kamu itu satu dosa kerana mengianiayakan orang yang lemah seperti aku. Adakah kamu penjelmaan kesilapan masa laluku?
LELAKI: (Ketawa kecil seraya menghampiri Zubiral Kindi) Terlalu prejudis tuan terhadap diri tuan sendiri. Terlalu banyak destinasi keraguan yang bermukim di hati nurani tuan tentang kehidupan ini. Bukankah kehidupan ini seperti permainan peperangan yang banyak mematangkan tuan sebelum ini? (Sinis) Bukankah tuan tahu selok-belok peperangan yang memerlukan tahap keberanian yang sukar dijangkakan? Tuan bukan sebarangan orang, tuan pejuang yang telah membebaskan belenggu wilayah ini daripada musuh, penghianat yang cuba mencerobohi wilayah makmur ini. Bukankah semua itu sudah tuan ketahui? Atau barangkali tuan sengaja menciptakan keraguan dalam diri tuan untuk mengaburi perjuangan tuan selama ini? Manalah tahukan, tuankan manusia yang bijaksana dalam semua hal, dan tuan tak pernah sekali kalah dalam peperangan tuan. Jadi apa yang berlaku seperti bias kekalahan dalam diri tuan seadanya.

ZUBIRAL KINDI: (Tersenyum sinis) Nampaknya kamu sudah mula memasuki arus peperangan ini. (Dia lalu mendapatkan lelaki itu seraya merenungnya dengan tajam dan bengis) Istilah dalam peperangan bererti kamu harus meninggalkan jauh dan teramat jauh sekali erti keseronokan. Ya, kamu harus meninggalkan apa saja yang meronta-ronta dalam benak nurani dan kamu harus terpasung dalam kancah kesakitan yang tiada taranya. Kesakitan apa saja yang mengintai untuk bermukim di dalam susuk tubuh ini. (Mengentap bibirnya) Dan kamu harus memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk membina keyakinan dalam merancang strategi untuk hidup. Sedikit kesilapan yang memasuki jendela tubuh kamu, kamu bakal disengati tirus kesakitan dalam seluruh hidup kamu. Dalam peperangan bukan main-main, tapi satu permainan kehidupan yang memerlukan ketabahan dalam keberanian, sedangkan ketakutan yang berselirat dalam susuk tubuh kamu harus dirungkaikan serta-merta tanpa ragu.
LELAKI: (Mengangguk kepala) Tapi tuan lupa akan tanggungjawab tuan terhadap keluarga tuan. Tuan seperti takut untuk memberanikan diri tuan kepada kehidupan tuan di luar sana. Tuan seperti menidakkan semuanya. Tuan seperti dirasuk dalam fantasia tuan yang sia-sia itu. Tuan dalam rentas illusi yang telah memerangkap tuan.
Zubiral Kindi terpana bila perkataan di luar sana bergema terus dalam dirinya. Dia merenung lelaki di hadapannya dengan renungan yang inginkan kepastian.
ZUBIRAL KINDI: (Mengsyaki sesuatu) Di luar sana? Maksud kamu kita di dalam…?
LELAKI: (Ketawa) Ya di luar sana, kenapa?
ZUBIRAL KINDI: (Tergagap-gagap) Maksud kamu kita telah tinggalkan jauh dalam sejarah kehidupan ini? Kita telah tinggalkan jauh dalam kemelut manusia di luar sana. (Takut/gagap) Habis kita di mana?
LELAKI: Bukan saja tuan tertinggal jauh dalam sejarah kehidupan tuan sendiri, tapi tuan terpenjara dalam destinasi kebenaran. Kebenaran kehidupan yang telah sekian lama tuan sisihkan dalam diri tuan. Tuan telah tersasar dalam mimpi-mimpi peperangan tuan yang terus mengacah-acah dalam pemikiran tuan sebenarnya.
ZUBIRAL KINDI: (Terketar-ketar) Katakan semua ini hanya rentasan mimpi yang sekian lama kumasuki. Katakan semua itu destinasi sementara saja dan aku boleh keluar dari kepompong peperangan yang dusta ini. (Resah) Aku boleh bertemu semula dengan keluarga aku semula. Aku boleh menghirup udara kehidupan yang sekian lama kutinggalkan.
LELAKI: Sudah terlambat tuan. Tuan sudah beberapa dekad meninggalkan keseronokan kehidupan tuan di bumi manusia. Tuan sudah memilih destinasi peperangan ini untuk tuan susuri. (Perli) Bukankah tuan seorang pejuang? Pejuang yang begitu sinonim dengan kancah peperangan yang sekian lama sebati dalam diri tuan? Bukankah begitu, tuan? Bukankah dalam peperangan seorang pejuang yang sejati tidak takut pada sesiapa saja, tapi kenapa tuan setakut ini? Apa tuan sudah tidak berani melalui semua ini sebagai seorang pejuang? (Perli) Atau tuan mula mengenal cuak dan penakut itu sudah akrab dalam diri tuan?
ZUBIRAL KINDI: Kamu jangan nak mempersendakan aku orang tua. (Megah) Kalau tak kerana aku, wilayah ini takkan seperti sekarang. Semua yang kita kecapi kini hasil daripada perjuangan yang telah kupertaruhkan dengan kudrat lelaki ini. (Sesekali dia sedikit gelisah) Tapi, segalanya bagiku kosong. Semuanya kosong tanpa apa-apa yang dapat memberi makna dalam diriku. Aku seperti dipasungi segalanya dengan apa yang telah aku berikan pada wilayah ini. Aku seperti diperalatkan oleh musim-musim yang terus berlalu begitu saja. Aku tak pernah dianugerahkan pingat keberanian sebutir bintang sekalipun, sedangkan manusia yang tak pernah mengenal peperangan mendapatkannya dengan mudah, kononnya mereka berjaya pada wilayah ini, tapi aku?
LELAKI: Mungkin tuan tak layak menerimanya.
Zubiral Kindi berlegar-legar di ruang pentas, sesekali dia merenung jauh seraya keluhan berat dilepaskannya perlahan-lahan. Sedangkan lelaki tadi hanya tersenyum melihat perlakuannya.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog) Bukankah apa telah aku lakukan ini memadai untuk aku menikmati kesejahteraan di wilayah ini? (Merenung lelaki itu) Namun ia seperti arah angin yang datang pergi tanpa pamitan. Ya, tanpa pamitan untuk menerjah masuk. Tapi adakah semua ini hanya rentasan destinasi yang telah memerangkap aku seadanya? Adakah semua ini hanya illusi yang selalu datang dan pergi dalam hidupku?
Kemudian masuk Fatmajihah yang dalam keraguan. Di tangannya menjinjing senaskhah al-Quran. Dia mundar-mandir, sedangkan Zubiral Kindi terpinga-pinga kerana tidak dikenali isterinya. Zubiral Kindi cuba mendapatkan mereka namun dia seperti terhalang.
ZUBIRAL KINDI: Kamukah, Jihah? Kenapa Jihah tak nampak abang? (Kepada lelaki itu) Kenapa semua ini berlaku? (Mengoyang tubuh lelaki itu) Apa semua ini orang tua? Di mana sebenarnya aku? Di mana sebenarnya aku?
Fatmajihah seperti mendengar sesuatu, tapi dia terus bergerak melewati Zubiral Kindi.
FATMAJIHAH: (Sayu) Di mana gerangan suamiku sirna? Di mana dia setelah sekian lama berpemergian.
Zubiral Kindi hendak datang kepada Fatmajihah, tapi dia seperti terhalang. Dia cuba sedaya upayanya, namun usahanya sia-sia. (Zubiral Kindi dapat melihat Fatmajihah, tapi Fatmajihah tidak nampak Zubiral Kindi)
ZUBIRAL KINDI: (Menjerit) Abang di sini, Jihah. Abang di sini. (Seperti hendak menangis) Fatmajihah!
Fatmajihah berlalu meninggalkan pentas. Sesekali dia seperti terdengar, tapi dia terus berlalu.
ZUBIRAL KINDI: (Menangis) Jangan tinggalkan abang, Jihah. Abang tahu, abang bersalah pada Jihah dan anak-anak kita. Abang terlalu mementingkan perjuangan abang, tapi bukankah semua itu untuk Jihah dan anak-anak kita?
LELAKI: (Perli) Lelaki yang berani tak mudah mengeluarkan airmata, tuan. Bukankah tuan sememang punya semangat yang kental untuk menangisi apa saja hatta kematian seseorang pun.
ZUBIRAL KINDI: Apa bezanya, orang tua. Aku juga ada perasaan untuk menilai semua itu dengan saksama.
LELAKI: Oho..begitu. tapi tuan harus sedar, bahawa tuan bukan di alam mereka lagi. Tuan sudah meninggalkan jauh wilayah sejak beberapa dekad yang lampau. Tuan sudah bermukim di destinasi baru yang bakal tuan lalui apa saja yang tuan telah lakukan sewaktu hayat tuan.
ZUBIRAL KINDI: (Tergagap-gagap) Maksud kamu aku sudah terpasung jauh dalam destinasi kematian, begitu? Kamu jangan nak mempermainkan aku orang tua. Aku takkan kalah dalam peperangan selama ini dan kamu begitu mudah memperolokkan aku.
LELAKI: Itulah sikap manusia yang mudah mengingkari hakikat kebatilan tentang kebenaran yang asas. Tentu tuan tahukan, manusia dan alam ini akan sebati dalam meneruskan perjalanan maha panjang satu ketika nanti dan aku pasti tuan juga sudah bersedia. Tuan sudah bersedia apa saja yang bakal tuan hadapi nanti. Nun di hadapan tuan sudah menunggu apa saja kemungkinan yang mengingati tuan dengan apa yang tuan lakukan sebelum ini. Ya, sebelum tuan berasa erti kekalahan dalam kehidupan tuan.
ZUBIRAL KINDI: (Herdik) Bersedia untuk apa lagi, orang tua? Kamu jangan nak menidakkan keperkasaan dan kebijaksanaan aku dalam merancang strategi peperangan yang tak pernah sekalipun lelaki ini merasai kekalahan. Semuanya takut dan cuak bila nama Pahlawan Zubiral Kindi dilaungkan di medan peperangan. Malah bayangan aku beribu batu pun menakutkan sesiapa saja yang mencintai peperangan. Akukah lelaki yang tak pernah gentar. (Resah) Tapi, kenapa sejak akhir-akhir ini aku seperti terpasung dalam dimensi diri yang bercempera dalam diriku. Benarlah, seperti apa yang kamu tuturkan orang tua, bahawa aku sudah sekian lama tepisah dalam destinasi yang maha jauh dan panjang?
Zubiral Kindi bergerak mencari kebenaran tentang yang telah diwarwarkan lelaki itu kepadanya.
LELAKI: Kebenaran tetap kebenaran, tuan dan tak dapat disangkal lagi untuk menidakkan hakikat kebenaran itu. Lagipun, sebagai harimau peperangan tuan dapat menerima semua ini dengan kesungguhan dan kebenaran tanpa rasa berbelah-bahagi.
ZUBIRAL KINDI: (Kesal) Adakah wajar kebenaran itu menidakkan perjuangan aku selama ini? (Ego) Kalau tanpa perjuangan lelaki ini, wilayah ini takkan mengecapi kesejahteraan hari ini, tapi apa yang berlaku sebaliknya, aku seperti tak pernah wujud di fikiran marga penduduk di wilayah ini.
LELAKI: Tuan harus mengakui, bahawa kebenaran dan kepincangan marga sememang sudah menjadi lumrah kehidupan itu sendiri, tuan. Marga tak seharusnya mengingati semua itu setiap detik, mereka ada kehidupan untuk meneruskannya.
ZUBIRAL KINDI: (Sampuk) Tapi aku, aku meninggalkan kehidupan demi tanggungjawab wilayah ini. Aku berjuang tanpa rasa berbelah-bahagi demi wilayah ini. Aku berjuang demi memartabatkan hak marga di sini. Aku mengabaikan tanggungjawab sebagai lelaki yang bergelar suami demi perjuangan, tapi apa yang aku dapat hanya kekejian, umpatan malah lebih menyakitkan, aku digelar pemberontak. Lelaki ini dicap sebagai pengganas! Di mana keadilan semua ini? Di mana?
LELAKI: Tuan tak boleh mengungkitkan semua itu. Bukankah tuan berjuang selama ini dengan kerelaan? Bukankah apa yang tuan perjuangkan dengan rasa tanggungjawab tuan sebagai marganya yang inginkan kemerdekaan.
ZUBIRAL KINDI: (Mengendurkan antonasi suaranya) Kerelaan? Aku berjuang dengan ketaksuban kerelaan?
Lelaki itu mengangguk. Zubiral Kindi terus bergerak seperti berputus asa. Dia kemudian melihat sekeliling.
ZUBIRAL KINDI: (Menjerit) Adilkah semua ini? Adilkah selama perjuangan ini, aku digelar pemberontak?! (Sendu) Memang semua ini mimpi ngeri yang menakutkan. Mimpi ketakutan yang drastik dan tak wajar mendatangi dalam kehidupan ini. (Berhenti sambil dia merenung ingin kepastian pada lelaki yang mula bergerak meninggalkan pentas) Tapi di manakah aku? Di wilayah mana aku berada? Adakah rohku sudah meninggalkan sekujur jasadku? Adakah aku sudah…?
Kemudian masuk Fatmajihah menangis sambil dipujuk Najwatma. Sedangkan Fansur seperti tidak berasa apa-apa. Zubiral Kindi melihat kedatangan mereka mula tersenyum dan menghampiri mereka, tapi dia seperti simulasi bagi mereka. Mereka tidak dapat melihat Zubiral Kindi.
ZUBIRAL KINDI: (Kesal) Beginikah nasib seorang pejuang seperti aku? Ya, harus menerima kekalahan yang amat memalukan ini? Sedangkan sebelum ini kekalahan seperti takut untuk datang padaku, tapi tak untuk sedetik ini. (Menangis) Sungguh memalukan.
NAJWATMA: Betulkah seperti apa yang kita dengar, bahawa ayah sudah…
FATMAJIHAH: (Mula menangis) Dia seorang lelaki yang baik dan jujur dalam hati ibu. Dia lelaki yang banyak memberi kehidupan ini pada kita sekeluarga. Dia tak mungkin kalah dalam perjuangannya, kalau pun kalah hanya pada yang maha berkuasa.
FANSUR: (Sampuk) Tapi mengapa dia tergamak meninggalkan kami sebagai anak yang terlalu dahagakan kasih sayangnya, ibu? Ya, meninggalkan ibu yang memerlukan belaian seorang suami. Tapi semua itu seperti mimpi ngeri yang panjang untuk kami hadapi. Kami seperti sekurun lama kehilangan seorang ayah. (Sinis) Dan memang pun kami kehilangan dia.
NAJWATMA: Abang! Kenapa abang terlalu bencikan ayah? Abang seperti tidak pernah memikirkan kehilangan ayah selama ini. Abang seperti sekam yang membara membakar hati nurani abang! Sekam yang membara dalam pembuluh saraf abang.
FANSUR: Memang wajar pun lelaki itu dibenci. Bukankah kebencian itu sudah tertanam kejap di hati peribadi lelaki itu? Tentu kamu masih ingatkan, ayah berkata; Kebencian seperti ubat penenang untuk berjaya. Kebencian membuat seseorang itu keras hati untuk meneruskan perjuangan dan kebencian juga pelali yang mujarab menahan kesakitan dalam peperangan yang memerlukan tahap semaksimanya untuk kejayaan. Kejayaan takkan lengkap tanpa kesakitan, itu kata lelaki itu. Bukankah kebencian dan kekerasan dalam diri lelaki itu meresap sama dalam diri kita yang ditinggalkannya selama ini. Itulah keadilan yang harus lelaki itu terima sewajarnya.
Zubiral Kindi yang menelinga hanya mampu menahan kesedihan. Sesekali dia melihat sekeliling sambil meramas wajahnya dengan penuh kekesalan.
FATMAJIHAH: (Merayu) Sudahlah! Kalian berdua tak habis bertengkar. Kalian tak jemu memenuhi kehendak hati naluri masing-masing. Kalian tahu tak, bahawa ayah kalian mendengar semua ini. Ayah kalian berada di mana. Ayah kalian ada dalam diri kalian sendiri. Kalian seperti menidakkan semua ini dengan kesalahan dan kesilapan ayah kalian. Kalian telah meletakkan dosa-dosa itu hanya pada lelaki itu, tapi kalian tak pernah memahami betapa kehidupan itu hasil daripada perjuangan ayah kalian. Wilayah ini merdeka hasil dari perjuangan lelaki yang sering kalian lebelkan sebagai pemberontak, pengganas. Kalian mudah mendengar serta menerima cemuhan marga wilayah ini tentang lelaki itu, tapi mereka tak sedar, bahawa lelaki itulah yang membebaskan wilayah dari penjajahan. Lelaki yang mereka hina itu telah memerdekan wilayah ini tanpa mendapat apa-apa. Semua itu tak pernah mereka ingat. Mereka hanya memuaskan hati dengan caci cerca tentang ayah kalian.
FANSUR: (Ego) Biarlah dia mendengar! Biar lelaki itu tahu, bahawa anak yang ketandusan kasih sayang ini bisa memberontak! Anak yang telah ditinggalkan tak pernah mengenal erti kesedihan dengan kehilangannya. Bukankah itu sudah sebati dengan kebencian yang tersemat di hati ini!?
NAJWATMA: (Sampuk) Kenapa abang terlalu biadab.
FANSUR: (Herdik) Bukankah itu kebenarannya! Kebenaran yang tak dapat disangkalkan lagi. Ya, dia lelaki yang telah meminggirkan terus norma-norma kasih sayang demi memenuhi naluri kepewiraannya, lelaki yang hanya telah dipasung dengan kekerasan serta kebencian dalam dirinya tentang perjuangan. Sedangkan peperangan itu sudah sekian lama usai. Itulah kebenarannya.
FATMAJIHAH: (Menangis) Sudahlah. Kalau kalian berdua sayangkan ibu jangan ungkitkan apa yang telah pun berlaku. Lagipun, lelaki yang kalian hina dan cerca itu suami ibu, ayah kepada kalian berdua.
Zubiral Kindi mendekati isterinya seraya merenung penuh sayu. Dia kemudian berpaling kepada kedua-dua anaknya. Untuk beberapa ketika dia berpaling semula pada isterinya.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog) Betullah seperti apa yang telah kudengar hanya illusi diri yang sering mengacah-acah dalam kemelut diri.
FATMAJIHAH: (Monolog) Seperti ada seseorang sedang memerhati atau hanya sekadar rentasan illusi yang sering mengganggu rasa sepiku, barangkali.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog/datang menghampiri Fatmajihah tapi dia seperti dihalang) Abang di sini, Jihah. Abang di sisi, Jihah.
FATMAJIHAH: (Monolog/seperti tercari-cari bisikan dari Zubiral Kindi, namun dia seperti keliru) Persis suara suamiku? Tapi tak kelihatan. Adakah aku hanya berillusi dalam rentasan fantasia yang sering datang mengangguku? Atau barangkali ia sekadar biasan detik hati yang sepi yang sekian lama merindui seorang lelaki bergelar suami.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog/sebak) Benarlah kata lelaki tua itu, aku sudah terpisah dalam destinasi yang maha jauh barangkali, tapi kenapa aku, dan kenapa tak orang lain. Orang lain yang tak pernah membebaskan wilayah ini? Bukankah aku harus hidup seribu tahun lagi untuk memperjuangkan wilayah ini dari cengkaman musuh yang sentiasa menanti kelalaian diri? (Menuju ke arah Fatmajihah) Jihah, abang harap Jihah dapat memaafkan abang kerana meninggalkan Jihah dan anak-anak kita. Abang tahu, Jihah dan anak-anak amat memerlukan kasih sayang seorang suami dan ayah mereka dalam kehidupan yang amat mencabar ini, tapi abang masih berjuang untuk memberi kehidupan di bumi manusia ini. Tentu tak salahkan? Bukankah perjuangan itu harus kita bina dalam diri kita sebagai manusia itu, supaya kita tak mudah dijajah lagi.
Kemudian masuk semula Fansur dan Najwatma, sedangkan di tangan Fansur membawa surat khabar. Dia lalu menyerahkan pada Najwatma. Najwatma tergesa-gesa untuk membelek seraya membaca dengan penuh minat. Dia kemudian melihat ke arah ibunya yang sedikit resah dengan perlakuan anaknya. Sedangkan di sudut lain Zubiral Kindi hanya mampu merenung keliru dengan apa berlaku. Sesekali matanya melingas segenap pentas.
FANSUR: Dah kau membaca apa yang dilaporkan oleh pemerintah wilayah ini?
NAJWATMA: (Ragu) Tapi, mungkin ia hanya spekulasi, abang. Kita tak boleh mempercayai bulat atau segi empat perkara yang ditulis di akhbar ini. Entah-entah mereka sengaja untuk menciptakan retorika untuk menidakkan perjuangan ayah selama ini. Bukankah orang politik amat membenci perjuangan ayah selama ini. Mungkin berita ini sengaja diwarwarkan untuk mengelirukan marga di wilayah ini.
FANSUR: (Sampuk) Apa lagi yang kau pertahankan untuk lelaki seperti itu? Kau seperti sekam yang membakar diri kau sendiri untuk memenangkan lelaki yang bergelar ayah itu? Begitu? Tapi kau sudah lupakah, bahawa selama ini hanya ibu tua ini yang memberi kita berdua redup kasih sayang, tapi tak lelaki itu!

FATMAJIHAH: (Sedih) Apa lagi yang kalian kecoh-kecohkan ini, hah? Kalian masih menganggap lelaki itu sebagai ayah yang tak guna? Begitu? Kalian masih meletakkan lelaki itu sebagai pemberontak, pengganas seperti yang dilaungkan marga wilayah ini tentang lelaki itu? Begitu?
NAJWATMA: Bukan begitu, ibu. Tak terlintas di hati ini untuk melupakan apa yang telah ayah berikan selama ini. (Mengeluh) Ya, sekolam kasih sayang yang surut juga airnya sejak sekian lama.

FANSUR: Memang pun untuk menidakkan perjuangan lelaki itu terlalu sukar untuk dipercayai. Perjuang yang sia-sia jika apa yang diperjuangkannya hanya dalam hasutan atau pasungan nalurinya yang terperangkap dalam destinasi silamnya.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog) Aku seperti terperangkap dalam destinasi silamku? Aku dituduh berjuang dalam dunia separa normalku? (Jerit) Apakah selama ini begitu tegar seorang anak yang kuharapkan menghina aku sedemikian rupa. (Bisik) Sungguh licik para musuh itu menghasut dan memasung erti rasa hormat darah dagingku. Dan muslihat marga yang berfahaman politik itu cukup jelas kebijaksanaan mereka untuk menidakkan apa yang telah aku perjuangkan selama ini. (Sendu) Betullah apa yang aku fahami, untuk memahami erti perjuangan yang kita telah lakukan memang mudah, tapi tak untuk orang lain kerana rasukan dan pasungan hasad dengki yang sarat itu terus menggeromoli sesiapa saja yang inginkan kemegahan, kekuasaan dan gelaran yang maha terhormat dan tersanjung, sedangkan semua itu hasil daripada perjuangan orang yang terdahulu.
Gema suara Zubiral Kindi yang sayup-sayup membuat Fatmajihah mendongak seraya matanya melingas setiap penjuru pentas. Sedangkan Najwatma dan Fansur tidak mendengarnya. Apapun mereka berdua saling berpandangan melihat perlakuan ibu mereka.
FATMAJIHAH: (Gembira sambil tergesa-gesa untuk bergerak) Kalian ada dengar tak suara lelaki itu? Ya, suara ayah kelian berdua sejurus tadi. Suara lelaki yang banyak menyimpan perjuangannya demi wilayah ini. Tentu kalian tahukan, bahawa dia lelaki yang mengorbankan separuh dari belitan usianya untuk perperangan. (Kagum) Lelaki yang telah menghadiahkan kemenangan dalam dirinya, tanpa sekalipun dijengahi kekalahan dalam hidupnya.
FANSUR: (Sampuk) Ibu jangan terlalu mengharapkan apa yang tak pasti, ibu.
NAJWATMA: (Pujuk) Ya, bu. Kita harus mengakuri apa saja yang telah pun berlaku. Semua itu ketentuan yang maha berkuasa. Kita sebagai hambanya yang kerdil harus menerima semua ini sebagai ujian-Nya.
FATMAJIHAH: (Marah) Kalian terlalu bencikan lelaki itu hanya kerana kalian ditinggalkan, begitu? Ingatlah, walau apapun terjadi atau tanggapan kalian terhadap lelaki itu, dia tetap ayah kalian berdua. Kalian terlalu menghukum dengan melulu dalam kancah persoalan ini. Kalian terlalu prejudis dengan apa yang telah pun berlaku. (Sayu) Kalau kalian berasa tersisih, tapi ibu lagi sunyi dan sepi tanpa belian dari seorang suami sekian lama.
FANSUR: Tapi, ibu…
FATMAJIHAH: (Sedikit kecewa) Sudahlah. Ibu sudah bosan dengan semua ini. Ia persis menguji ketabahan dan kejujuran aku pada lelaki itu. Dan kalian seperti memberi sarat bebanan pada ibu.
FANSUR: Bukan itu maksud kami, ibu.
NAJWATMA: Ya, ibu. Tak terlintas di hati kecil kami beranggapan begitu, ibu. Kami cuma…

FATMAJIHAH: (Pintas) Kalian cuma terkilan. Kalian berasa terhina bila marga wilayah ini bertanyakan di mana gerangan ayah kalian berdua. Begitu? Ibu tahu kalian berasa terpinggir bila marga wilayah ini sering mempersoalkan kewibawaan dan keperkasaan ayah kalian. Marga wilayah ini seperti tak pernah melihat pada sejarah masa lalu yang banyak menyimpan kemenangan ayah kalian berdua sebagai pejuang yang telah kehilangan usianya demi kemerdekaan wilayah ini, tapi apa yang ayah kalian dapat hanya keraguan dan mereka mengatakan ayah kalian lelaki yang sudah kemaruk dan terpasung, malah lebih hina lagi mereka menuduh ayah kalian sudah hilang akal, ayah kalian gila. (Sedih) Itulah ibu rasa, marga wilayah ini seperti melupakan apa yang telah kalian perjuangan demi kemakmuran dan kesejahteraan wilayah ini. Apa yang pasti kalian harus menghargai perjuangan lelaki yang gelarnya seorang ayah yang banyak memberi kehidupan yang maha singkat di bumi manusia ini, tapi abadi. Percayalah, satu ketika ibu percaya kalian dapat memahami makna sebuah perjuangan yang sering dilaungkan ayah kalian demi memperkasakan perjuangannya dalam memartabatkan apa yang dinamakan kemerdekaan. Kemerdekaan yang unggul dari lelaki itu.
NAJWATMA: (Mendapatkan ibunya) Sudahlah, ibu. Kami tahu, kami banyak mempersoalkan apa yang kami dengar dari marga wilayah ini tentang ayah. Kami berhak nak tahu, di mana ayah kami, ibu. Kenapa dia meninggalkan kami tanpa pesan?
FANSUR: (Sinis) Kami mahukan kebenaran itu tetap kebenaran, ibu. Kami mahu kebenaran tentang lelaki itu pasti dan tak berdolak-dalik lagi. Ibu tentu mengertikan, betapa kami terhina dengan apa saja tanggapan marga wilayah ini tentang lelaki itu. Seperti kami begitu daif sekali di mata mereka. Kami berasa setiap tancapan dan renungan mereka kepada kami satu tirusan hinaan yang menjebakkan kami ke lembah kejian, umpatan. Kami dilebelkan sebagai anak kepada lelaki gila yang kemaruk dalam kancah peperangan yang tak pernah usai pun. Kami dilemparkan dengan fitnah yang memabukkan sesiapa saja yang mendengarnya. Kami seperti anak yang tak pernah ada seorang ayah. Lelaki itulah yang dianggap ibu sebagai setia. Diagungkan kerana keperkasaannya? Begitu?
NAJWATMA: (Sampuk) Abang! Begitu tergamak abang mengatakan semua itu?
FANSUR: Itulah kebenarannya. Kenapa takut pada kebenaran? Bukankah kebenaran itu hakikat yang harus kita terima seadanya?
NAJWATMA: Tapi abang menghina ayah. Abang merendahkan maruah ibu. Memang kebenaran itu hakikat kehidupan kita sebagai manusia, tapi manusia yang berakal dan bijaksana dalam membenarkan kebenaran itu menguasai pemikiran kita. Bukan membiarkan kebenaran itu merasuk dan memasung, lalu mengheret kita menjadi manusia yang derhaka kepada orang tuanya.
FANSUR: (Sedih) Tapi kenapa lelaki itu meninggalkan ibu, meninggalkan kita dalam penantian yang tak pasti? Dia seperti ingin lari daripada kebenaran hidup ini. Dia seperti terpasung dalam dimensi-dimensi yang tak pasti. Dan kita yang ditinggalkan hanya pasrah saban musim. Kita hanya mendengar risik angin, deru hujan kadangkala desah ribut yang membawa perkhabaran, lelaki itu sudah pun pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Lelaki itu sudah pergi selamanya dari wilayah ini.
NAJWATMA: Abang…
FATMAJIHAH: (Sedih) Sudahlah. Jangan kalian membuat ibu bersedih lagi. Kalian tak pernah berasa kesepian seperti yang ibu rasakan sekurun ini. Kalian hanya mendengar dalam kenipisan kata sebagai seorang anak, tapi ibu sebagai seorang perempuan yang bernama isteri. Ya, isteri yang hanya sarat dengan penantian sepi yang meresah setiap detik. (Mengesat matanya dengan lengan bajunya, seraya dia bergerak seperti dia berasa bahawa suaminya ada di situ. Di sudut lain Zubiral Kindi dicengkam kekesalan yang membusung) Ibu terhidu bau dan aroma zat dari susuk tubuh lelaki itu. Ibu akrab dengan desir angin yang mengkhabarkan pada ibu, bahawa dia ada di sini. Mungkin pandangan kita dikaburi dalam apa saja yang menghalang kita. Tapi ibu percaya dan yakin, dia berada di sini. Itu firasat ibu.
Zubiral Kindi yang berada di situ mundar-mandir. Sesekali dia melingaskan pandangan seluruh ruang pentas. Dia lalu mencari-cari kelibat lelaki itu. Kemudian dia merenung semula kepada isteri dan anak-anaknya dalam keresahan.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog) Betullah, aku sudah meninggalkan bumi manusia ini untuk mengembara sejauh mungkin daripada bumi manusia itu. Aku sudah meninggalkan jasad dan rohku terus menerawang tanpa destinasi yang sewajarnya. (Menjerit) Hei, orang tua! Di mana gerangan kamu bersembunyi. (Terus mencari kelibat lelaki itu) Kamu sengaja membiarkan aku dalam keresahan yang sarat memasungiku.
Kemudian masuk lelaki itu seraya tersenyum melihat perlakuan Zubiral Kindi yang resah. Dia lalu menghampiri Fatmajihah dan anak-anaknya tanpa dapat dilihat mereka. Zubiral Kindi yang melihat lelaki itu mendekati isteri dan anak-anak dia seperti turut serta, tapi sempat dilarang lelaki itu.
LELAKI: Jangan jadi hilang kewarasan diri, tuan. Alam tuan dan alam mereka berlainan. Tuan harus menerima kebenaran ini sebagai satu pengalaman. Tuan harus menerima ketentuan yang maha berkuasa, bahawa tuan sudah menjadi tetamu di alam ini. Tuan sudah…
ZUBIRAL KINDI: (Herdik) Aku sudah apa Hah?! Kamu jangan memperdayakan mengatakan yang bukan-bukan tentang destinasi ini. Kamu jangan melemparkan dusta tentang alam lain lagi. Bukankah aku masih hidup. Aku masih lagi menghirup udara dan zat bumi manusia ini.
LELAKI: (Ketawa) Tuan sudah mula lupa agaknya. Manusia seperti tuan sengaja menciptakan kesangsian apa saja yang melibatkan kebenaran. Tuan sengaja membiarkan diri tuan dilacuri kepalsuan tentang kehidupan ini. Tuan seperti meminggirkan terus kebenaran itu untuk menguasai tuan.
ZUBIRAL KINDI: (Marah) Apa lagi yang hendak kamu perlakukan pada aku, hah? Kalau pun kamu ada kuasa untuk menghumban aku sekali ke jurang neraka itu, silakan. Aku tak cuak. Aku tak pernah takut pun. Bukankah dalam peperangan seseorang pejuang itu harus percayakan dirinya sendiri untuk memenggalkan kepala sesiapa saja dengan hunusan pedang. (Bangga) Kadangkala kehidupan seperti cacing yang mencari dan terus mencari sinar itu dalam kepompong kehidupan mereka. Tapi cacing tak pernah pun mencari sinar itu, kerana dia takutkan kebenaran itu menguasai dirinya.
LELAKI: Tuan harus sedar, bahawa cacing juga tetamu yang maha berkuasa di bumi manusia ini. Cacing tak pernah pun membiarkan ketakutan dalam kebenaran itu menguasai dirinya. Malah cacing tetap akur, bahawa kegelapan itulah kehidupan hakiki mereka. Kegelapan itulah mengajari mereka erti ketabahan untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi manusia ini.
ZUBIRAL KINDI: Jadi betullah aku sudah menjadi tetamu yang maha berkuasa. Aku yang telah membenarkan kebenaran itu terus menguasaiku. Aku harus bersedia membenarkan rohku meninggalkan jasadku. Oho…aku kalah juga akhirnya dalam peperangan kehidupan ini. (Kesal) Tapi kenapa kekalahan yang memalukan ini mendatangi dalam hidup seorang pejuang sepertiku? Bukankah aku memerlukan sedikit waktu lagi untuk menobatkan wilayah ini dalam erti mengecapi erti kemerdekaan. Ya, kemerdekaan dalam diri manusia-manusia yang sering membiarkan sejarah masa lalu pergi serta berlalu tanpa dikenang dalam album bangsa yang mendaulatkan wilayah ini. (Pasrah) Kadangkala mungkin kekalahan ini azimat buatku untuk menidakkan sebuah hakikat kehidupan ini.
LELAKI: (Perli) Akhirnya, kekalahan datang menghampiri dan memalukan tuan. Agak perlik juga ya, seorang pejuang seperti tuan menerima kekalahan ini begitu mudah sekali. Bukankah sebelum ini kekalahan itu begitu takut sekali hatta untuk bertanya khabar pada tuan, tapi tak untuk kali ini. Itulah yang saya selalu katakan tuan, akhirnya seorang pejuang itu tersungkur juga akhirnya, dalam erti lain menerima kekalahan kerana kekuasaan itu milik yang mutlak dan hakikat. Tuan tak dapat melawan takdir yang telah diprogramkan sejak zaman Nabi Adam lagi.
ZUBIRAL KINDI: (Terpinga-pinga. Sesekali dia meramas janggut dan rambut kencurnya beberapa kali sebelum dia menuju ke arah lelaki itu dalam keadaan gelisah) Adakah kebenaran itu tak dapat diubah dalam posisi yang lebih liberal? Atau barangkali kekalahan pertama kali dalam hidupku dapat merungkaikan apa yang tersirat dan tersurat sebagai warga yang dipatungi sistem perajaan sekalipun?
Kemudian masuk Fatmajihah. Sebelahnya wajah sugul Najwatma, sedangkan wajah Fansur yang masih leka dengan telefon bimbit.
NAJWATMA: Kehidupan di alam fana ini seperti melihat matahari ketika terbit. Ya, bahang kepanasan yang meruap dalam diri ini.
FANSUR: (Sinis) Bukankah kita sendiri yang membahangi diri kita ke kancah kerja gila itu. Dan kitalah yang wajar merasai wab kepanasannya.
NAJWATMA: (Kesal) Abang seperti tak mahukan ayah kembali kepangkuan kita lagi? Abang harus memaafkan kesilapan masa lalu ayah. Bukankah memaafkan seseorang itu akan memberi peluang untuk menginsafi diri?
FANSUR: Untuk apa lagi? Setiap kesilapan itu harus menerima keperitan dalam hidup. Dan kesilapan lelaki itu meninggalkan kita tanpa khabar berita satu dosa yang tak mampu dimaafkan. (Mengeluh) Hanya risik angin mengirim nestapa kerinduan kita pada seorang ayah yang kalut dalam kancah fantasia dimensinya yang tak pernah usai dalam dirinya. Dia seperti ingin lari dari kehidupannya sebagai seorang ayah.
NAJWATMA: (Sampuk) Tapi ayah seorang pejuang. Pejuang yang mendaulatkan wilayah ini daripada penjajahan. Kalau bukan kerana lelaki itu, mungkin kita tak pernah merasai kemakmuran wilayah ini.
FANSUR: Itu sewajarnya hakikat seorang ayah. Tapi meninggalkan kita tanpa sebab, dosa-dosa yang amat sukar sekali dimaafkan.
Tidak semena-mena kabus mengepul mengepungi mereka. Kelihatan Zubiral Kindi keluar dari kepulan kabus itu. Fatmajihah, Fansur dan Najwatma terpana dengan apa telah berlaku. Mereka dapat melihat Zubiral Kindi, namun hanya seketika, sebelum kepulan kabus menghilangkan semula kelibat Zubiral Kindi. Fatmajihah begitu gembira namun ia cuma sementara saja. Mereka terus bergerak mencari kelibat Zubiral Kindi seluruh ruang pentas. Kedengaran suara hiruk-pikuk yang entah dari mana mengejut mereka semua. Namun dia sirna semula. Kedengaran suara laungan yang sayu mersik.
ZUBIRAL KINDI: (Vocal/sayu) Isteriku, anak-anakku. Maafkan lelaki ini. Maafkan lelaki ini yang telah meninggalkan kalian dalam kemelut yang payah dan sukar itu. Apapun, semua itu demi mendaulatkan wilayah ini. Memang ayah akur, selama ini kalian menanti dan menanti sepanjang musim kelibat ayah di sisi kalian, tapi semua itu hanya mimpi panjang yang sukar diterka di mana ayah selama ini. Namun Tuhan itu maha adil, Tuhan itu maha mengetahui, bahawa kebenaran tetap kebenaran dan kepalsuan tak mungkin dapat ditukarkan dengan kebenaran. Itulah hakikat kehidupan ini dalam setiap detik dan ketika manusia itu sering lupa dan lalai dalam menjelajahi setiap inci alam ini. Dan kelalaian dan pelupa itu telah menjebakkan lelaki ini menjadi pengembara yang mencari dan terus mencari makna kemanusiaan itu. Namun semua itu telah mengheret ayah teramat jauh sekali dari bau dan zat kehidupan itu sendiri. (Tegas) Lelaki ini tersesat dalam hutan kehidupan yang serba maju dan pantas. Lelaki ini seperti dipuja kerasukan dalam kancah peperangan yang tak pernah usai untuk sekian lama. Lelaki ini dan kemenangan dalam peperangan terlalu sukar untuk dipisahkan, tapi kekalahan pertama kalinya telah menyedarkan lelaki ini, bahawa ayah harus mengingati kekuasaan dan kebesaran Tuhan di bumi manusia ini. Cuma pinta ayah, maafkan lelaki ini kerana pengembaraan ini sudah sampai ke takahnya. Selamat tinggal isteriku, selamat tinggal anak-anakku. Sesungguhnya, kehidupan itu kebenaran yang tak pernah mendustai manusia itu. Hanya manusia yang alpa memalsukan kebenaran yang hakiki.
Perhatian;
Kembali ke awal babak permulaan semula kerana dimensi itulah telah memerangkap Zubiral Kindi. Semua imbas kembali mengikut kreativiti pengarah dengan teknik jungkirbalik naskhah ini.
Kelihatan Zubiral Kindi bergerak dengan penuh kesatriaan. Di tangannya terhunus pedang sambil ia mengacungkan ke langit, seraya matanya melingas liar memerhati sekeliling dengan pandangan yang kepuasan dan semangat yang membara. Di sudut pentas kelihatan juga sekujur mayat terkapar. Namun di sisinya, sebilah pedang tertanam kejap dengan di hujung ulunya bendera perca kain putih dililit seperti dalam tergesa-gesa. Zubiral Kindi melihat dengan keangkuhan, seraya dia seperti memperli mayat tersebut, dan menolak dengan kakinya lalu melengkingkan ketawanya. Matanya sempat melingas seperti seseorang yang keliru dan ketakutan, kemudian memerhati sekujur mayat itu semula dalam kuluman senyuman yang sukar diterka oleh sesiapa.
ZUBIRAL KINDI: (Berasa megah) Huh! Inilah yang dinamakan kemenangan yang tiada taranya. Ya, kemenangan yang terlalu luar biasa sifatnya sebagai seorang pejuang. (Menjerit ego) Tentu kalian di luar sana berasa iri hati dengan apa yang aku rasai ketika ini. Dan tak sia-sia perjuangan aku sekurun ini, bahawa kemenangan sesuatu yang akrab dengan kehidupan sebagai pejuang. (Sinis/mengendur atonasi suaranya) Dan kekalahan seperti begitu cuak dan takut untuk berdepan dengan lelaki ini. (Menepuk dadanya) Ya, lelaki ini yang tidak pernah berasa gentar atau takut pada bayangan kematian di hadapan hatta di mana-mana sekalipun. Lelaki yang sekian lama mengabdikan peperangan dalam ruang hidupnya tanpa rasa berbelah bahagi. Dan lelaki inilah yang bakal menentukan kehidupan seseorang musuhnya. Bukankah itu yang pernah terjadi sebelum ini. (Ketawa) Dan musuh yang penakut bererti menamatkan nafasnya dalam keadaan yang amat memalukan. Ya, untuk berjuang kalau hati masih dipasung ketakutan yang bercempera dengan kematian. Bukankah si penakut, si pengecut, si pencuak itu harus menerima kematian yang mutlak.
Lampu pentas perlahan-lahan digelapkan. Hanya kedengaran dengusan Zubiral Kindi yang mengeluh panjang. Skor muzik bergema sayup-sayup. Kedengaran derap kaki beberapa orang sedang bergerak dalam keadaan yang tergesa-gesa, kemudian senyap semula.
ZUBIRAL KINDI: (Monolog/pasrah) Kemenangan bukan bererti menang. Kekalahan tak mengenal kemanusiaan itu. Demikianlah seadanya. Hanya Tuhan yang tahu semua ini. Allah hu akbar! (Mengucap dua kalimah syahadat).
S E L E S A I

2 comments:
SALAM SDR DAHIRI
TAHNIAH, MENULIS TERUS!
dr kamariah tkasih atas sokongan moral. salam,
Post a Comment