BABAK 1.INT…RUMAH HAJAR
WAKTU SUBUH.
TANGISAN langsing seorang bayi yang baru lahir. Diikuti suara doktor dan jururawat, kemudian laungan azan subuh. Lagu Anak nyanyian kumpulan Cafferee mula mengambil alih, sebaik sahaja azan subuh berakhir.
HAJAR: Syukur ke hadrat-Mu ya Allah yang telah memberi rahmat di pagi Ramadan Al-Mubarak ini, semoga kelahiran ini memberi segala kebahagiaan dalam keluarga kita.
ADAM: Allah maha mengetahui dan maha mengerti kehendak hamba-hamba-Nya yang kerdil ini, Hajar. Dan abang berjanji akan menjaga Hajar dan anak kita sepanjang hayat abang. Kalian berdualah yang memberi sinar kasih itu pada keturunan kita nanti.
HAJAR: Kita harus melihat kebenaran itu dalam diri anak ini, bang. Dan kita harus bersyukur kepada azali dan kehendak-Nya. Meskipun perkahwinan kita tak mendapat restu seorang ibu yang paling Hajar sanjungi dan sayangi, tapi demi cinta dan kasih Hajar ini, Hajar meminggirkan semua itu. hajar tahu, mak terkilan dengan perkahwinan kita, tapi Hajar percaya satu hari nanti mak dapat memaafkan Hajar. (Sayu) Maafkan Hajar, mak. Hajar bukan anak yang derhaka, tapi Hajar percaya cinta Hajar hanya milik Adam.
ADAM: Sudahlah Hajar, perkara yang berlalu biarlah ia menjadikan kita semakin akrab dalam melalui kehidupan ini, dan abang berjanji, buruk baiknya hamba sahaya yang telah dilahirkan ini, akan abang jaga dan beri keimanan dalam dirinya, semoga satu hari nanti dia akan menjadi muslimah yang tulus dan ikhlas, seterusnya menjadi khafilah yang diberkati.
HAJAR: Begitulah hendaknya, bang. Dan Hajar juga akan memberi kelembutan dan ketaatan dalam jiwa dan nuraninya, semoga dia terus dilindungi dan diredupi dengan kekhusyukan yang menjadikannya muslimah yang terus berjuang syiar Islam yang sejati tanpa berbelah-bahagi. Insyaallah.
ADAM: Begitulah seadanya, Hajar. Abang percaya kita mampu membentuknya dalam kebenaran Allah. Malah, kehadiran Ramadan Al-Mubarak ini semoga memberi kekuatan kita untuk melalui jalan kehidupan dengan lebih sempurna dan hakiki.
HAJAR: (Monolog) Terima kasih, Allah kerana memberi seorang lelaki yang gelarnya seorang suami yang banyak menyokong hamba-Mu ini ke jalan yang diberkati dan dirahmati. Sesungguhnya, pilihan rindu ini tak salah.
Lagu Ramadan Ini nyayian kumpulan Raihan kedengaran.
MUZIKA…
BABAK 2.
INT…RUMAH HAJI HAMDI
WAKTU SENJA.
Kedengaran riuh di dalam rumah, diseliti dengan lagu heavymental yang memekak pendengaran.
MAK JAH: (Merungut) Hei, apa Rizal buat ni. Senja-senja begini asyik memekak dengan radionya di bilik tu. Dah dalam bulan Ramadan.
Berjalan menghampiri bilik Rizal.
MAK JAH: (Mengetuk pintu bilik Rizal) Rizal! Rizal!
RIZAL: (Dari dalam bilik) Ya, mak?
MAK JAH: Ya, mak, ya, mak! Cuba perlahan sikit bunyi radio tu. Bagai nak roboh rumah ini!
RIZAL: (Dari dalam bilik) Ya, mak!
MAK JAH: (Merungut) Ya, mak, tapi masih memekak lagi! Huh, anak yang seorang ni dah cukup membuat aku rasa nak pitam. Tulah, suruh kerja memilih sangat, tak setaraflah, tapi tak kerja, setaraflah tu.
Kedengaran langkah kaki menghampiri Mak Jah.
HAJI HAMDI: Apa yang awak merungut senja-senja ni. Err…dah awak siapkan bubur Asyura tu. Sepertiga Ramadan ni lidah abang mudah terasa teringin pelbagai makanan pula. (Monolog) Kalau ada kuih mongkol lagi haru dibuatnya. Bulan Ramadan ni, bulan rezeki.
MAK JAH: Dah. Tapi bang haji kena pergi ke rumah Nasuhah tu, ajaklah mereka sekeluarga berbuka sama di rumah kita ni, taklah sunyi. (Monolog) Kalaulah ada Hajar…
FLASHBACK;
HAJAR: (Menangis) Dia lelaki baik mak, dialah yang Hajar pilih.
MAK JAH: (Tegas) Mak tetap tak setuju, Hajar. Lagipun, dia tu bukan bangsa kita, dia bangsa lain.
HAJAR: Bangsa lain apa, mak. Dia juga rakyat Malaysia.
MAK JAH: Bukan bangsanya saja, tapi agama!
HAJAR: Mak, Adam sudah lama memeluk agama Islam sejak kami sama-sama di universiti dulu, mak. Lagipun Adam memeluk Islam bukan kerana cinta, tapi kerana kesempurnaan agama Islam itu sendiri.
MAK JAH: Apapun, mak takkan setuju. Mak takkan rela Hajar mengahwininya. Noktah!
HAJAR: Mak. Sampai hati, mak.
MAK JAH: Kamu kata mak sampai hati, tapi di mana mak nak letak muka mak pada Pak Ngah kamu nanti. Mak dah janji nak jodohkan kamu dengan Ustaz Azhari tu. Lagipun, baik budak tu.
HAJAR: Tapi Hajar anggap abang Azhari tu sudah seperti abang kandung Hajar sendiri, Mak. Dan mustahil Hajar dapat…
MAK JAH: (Sampuk) Sudahlah, mak tak rela Hajar kahwin dengan Adam tu. Kenapa degil sangat kamu ni Hajar…
HAJAR: (Sayu) Mak…
MUZIKA…
HAJI HAMDI: Apa yang awak ingatkan tu, Jah. Itulah awak, berkeras sangat dengan Hajar tu, sehingga dia membawa diri jauh dari keluarga kita. Kalau Hajar ada, pasti rumah kita ni tak sunyi. Lagipun dalam dua tahun Hajar tak balik. Merajuk budak tu.
MAK JAH: (Kesal) Jah tak sangka begitu sekali nekad Hajar untuk bersama dengan Adam tu, bang. Lagipun, bukan Jah tak suka, cuma Jah risau dia tak dapat menjaga Hajar tu, seperti kita menjaganya.
HAJI HAMDI: Awak ni terlalu negatif sangat pemikiran tu. Cubalah realistik sikit. Sebagai orang tua kita harus banyak mengalah, demi kehidupan anak-anak kita, Jah.
MAK JAH: Wah, bang ni nak menempelak Jah ya.
HAJI HAMDI: Bukan begitu, Jah. Hajar tu dah dewasa dan dia dah tahu baik-buruknya, sebagai orang tua kita harus melihat semua itu sebagai cabaran kita. Lagipun, dalam soal hati dan perasaan soal naluri seseorang insan. Itulah orang seperti kita kena mengerti. Bukan menghukum mereka dengan apa yang pernah kita beri selama ini.
MAK JAH: Jah tahu, suami Jah ni bekas seorang tentera, tapi abang kena ingat juga. Hajar tu anak kita dan dia harus mendengar kata-kata kita. Tambahan, Hajar bukan seorang yang mudah melawan kata Jah ni.
HAJI HAMDI: Awak ni terlalu obses. Yang awak kata kita bekas tentera, yang awak pula bekas Nazir sekolah apa hal pula. Awak jangan ingat awak Nazir dulu boleh membentuk dan harap Hajar tu takut. Jah, Hajar tu, seorang yang sensitif Jah. Awak kena bertolak ansur sikit dalam perkara ini.
MAK JAH: (Mengeluh) Entahlah, bang. Terasa sunyi pula kehadiran Ramadan kali ini. Kalaulah Hajar ada, pasti riuh bila dia menginginkan makanan kegemarannya disediakan. Err..mereka balikkah raya tahun ni bang? (Monolog) Maafkan mak, Hajar.
HAJI HAMDI: Hajar seorang anak yang solehah, Jah. Kita dah didik dia dengan kelembutan dan kasih sayang tak pernah berbelah-bahagi, cuma dia mungkin terkilan dengan apa yang awak katakan dulu. Lagipun Hajar pasti dapat menilai cintanya pada Adam tu.
FLASHBACK…
MAK JAH: (Marah) Jika Hajar tak turut kata mak, tak apalah. Tapi Hajar kena ingat tahu!
HAJAR: Mak…Hajar terlalu menyintai dia mak. Hajar tak dapat melupakan segalanya. Dialah lelaki yang bakal menjadi suami Hajar nanti.
MAK JAH: Cinta saja tak cukup Hajar, jika tak ditunjangi dengan nilai-nilai murni sebagai seorang muslim yang sejati. Lagipun, mak rasa cinta kalian takkan ke mana tanpa restu seorang ibu yang pernah mengandung dan melahirkan, seterusnya membesarkan Hajar sehingga Hajar bergelar seorang pensyarah sekarang ni. Hajar, mak kesal Hajar tak menuruti kehendak orang tua Hajar.
HAJAR: (Sedih/Merayu) Mak, mengapa mak terlalu mementingkan diri mak saja dalam soal hati dan perasaan Hajar, mak. Sebagai seorang anak, Hajar akur, mak harus diberi keutamaan, tapi hati dan cinta Hajar hanya milik Adam mak, restuilah kami, mak.
MAK JAH: Kadangkala hidup ini terlalu prejudis dengan hak seorang mak. Terlalu sukar untuk seorang mak menginginkan sarat impiannya menjadi kenyataan.
HAJAR: Mak…
MAK JAH: Sudahlah Hajar, mak takkan restu hubungan Hajar dengan Adam. Mak takkan dapat menerima semua ini berlaku. Itu kata putus mak. Dan mak percaya Hajar mengerti sarat keinginan mak, Hajar.
HAJAR: (Menangis/Sedih) Sampai hati mak.
MAK JAH: (Tegas) Itu kata muktamad mak, Hajar.

1 comments:
Salam sastera. Apa khabar? Ni cerpen penuh neurosis...
Post a Comment