
seorang perempuan bersayap duka
luka hatinya entah kali yang ke berapa
mungkinkah dia mampu terbang lagi
jika sayap kecilnya cedera
untuk menyambung gelora cinta
anak-anaknya yang manja
atau cuma itu sekadar ilusi
panjang seorang perempuan.
seorang perempuan bersayap cinta
selalu termimpikan rasa berahi
maha panjang tentang keluarga
dan cermin masa depan yang selalu
retak dan melukakan sayapnya
adakah dia meneruskan penerbangan
yang baru untuk ke destinasi?
seorang perempuan bersayap sayang
sering kesasar arah kiblat kebenaran
kerana itu destinasi terbaik
untuk sebuah keluarga.
Ds2010

0 comments:
Post a Comment